Ahad, 14 Mac 2010

senyumlah...

KEGEMBIRAAN ITU HANYA BAYANG-BAYANG

berhenti mengejar kegembiraan yang hanya bayang-bayang, kejarlah peluang kegembiraan yang sudah ada di depan mata..

senyumlah wahai sahabat..jangan hiasi wajahmu dengan kemuraman kerana senyum itu melambangkan sebuah ketabahan..

Kita selalu sahaja berasa sedih. Kadang-kadang berasa sedih untuk perkara yang tidak berasas, atau tidak penting. Kerana sedih, kita sering melupakan kegembiraan yang sudah ada di depan mata. Kerana sedih diperlakukan seseorang, kita seakan-akan lupa akan kasih yang melimpah ruah dari keluarga, dari rakan-rakan, dan yang paling utama dari Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, yang menyayangi hamba-hambaNya tanpa batasan. Namun kerana terlalu mengikut perasaan, kita lupa akan hakikat ini, kita lupa akan kehadiran sebuah kegembiraan ni.

Kegembiraan adalah sesuatu yang abstrak, yang mempunyai definisi yang berlainan bagi setiap insan. Mungkin ada sesetengah orang berasakan kegembiraan itu berada di kelab-kelab malam, mungkin juga ada yang berasa kegembiraan itu berada di atas sehelai sejadah. Sungguh jauh berbeza definisi gembira itu, bergantung kepada bagaimana seseorang itu menghargai sebuah kehidupan dan melihat realiti sebuah kehidupan.

1_305330942l

Kadang kala hati ini bergelojak juga, mencari erti sebuah kegembiraan. Pernah terdetik juga rasa di hati, apakah kegembiraan akan diperoleh dengan keluar bersama rakan-rakan lelaki dan perempuan, bercampur gaul tidak mengenal batasan lantaran hati ini masih lagi remaja, lantaran kelemahan iman, lantaran diri masih kurang jelas. Namun hati ini sedar suatu hakikat, bahawa gembiraku bukan di situ, tetapi dengan berlaku jujur pada diri, dengan menjadi diri yang sudah lima tahun dibentuk dalam tarbiah Islam. Kumencari sebuah kegembiraan yang hakiki..

Pencarian diteruskan, berbekalkan sebuah tafsir Kalamullah sebagai panduan dan La Tahzan di sisi sebagai penyokong, aku meneruskan perjalanan. Ilmu dicari, bacaan diperluas, mencari makna gembira. Ragu-ragu masih bertandang di hati, tapi semua bisikan itu ditepis dengan sebuah keyakinan, keyakinan kepada Yang Maha Esa. Aku yakin kini, dan berharap keyakinan itu tidak akan pudar dek masa, tidak akan goyah dek ujian yang melanda, tidak akan luntur dek gembira yang sementara..

Akhirnya kutemui gembira itu. Gembira itu bukan lah di mana-mana, tetapi gembira itu dalam hati, dalam hati yang mengingati Ilahi..

Jangan ditangisi satu kelemahan kerana dirimu dicipta dengan seribu kekuatan..

berbekalkan aqidah yang padu dan cinta yang satu..

teruskan perjuangan hidupmu..kejayaan menantimu wahai sahabat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan