Jumaat, 26 Mac 2010

FW: SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS.....


SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) - AWAS......

General Info.....
Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau
sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak
batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama
beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan

kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah

ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan
beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl),
serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami
mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute
and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu
bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi
sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang
relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi
itu dikatakan sangat suka ditimang.

Health Info
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan
kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan
yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang
lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi
digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.
Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian

serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh
menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan
selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar
berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum

matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila

bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk
menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga
bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah
merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang
serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda
tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada
orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil
serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes
terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap
tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi
seperti buaian.
Kiriman email dari rakan untuk dikongsi
TOLONG PANJANGKAN EMAIL INI KERANA KITA ADALAH MAHLUK ALLAH YANG
PENYAYANG.....

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi

--
Regards
Mohammad Fairuz Junaidi
Centre for Instructional Design & Technology,
Open University Malaysia
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-2773 2246

Sabtu, 20 Mac 2010

Rahmat menjadi wanita Islam

Renungkanlah Wahai Wanita

kartun-cun


Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan,

harap sampaikanlah artikel ini kpd para wanita……

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2 Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat

adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada *80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5.Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6.Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8 Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11 Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7*tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala*80* tahun ibadat.*

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

[Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992. Hadis nabi mengenai wanita. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". Wallahua'lam... Renung-renungkan dan selamat beramal

Khamis, 18 Mac 2010

Nafas terhenti ketika tidur




ALANGKAH seronok perasaan ibu bapa apabila melihat gelagat si kecil mereka yang sedang tidur nyenyak tiba-tiba berdengkur. Ia pasti membuatkan ibu bapa tersenyum kerana situasi itu mungkin melucukan. Tetapi, jangan pula anda bergembira terlalu awal.

Ada sebab mengapa keseronokan awal itu tidak kena pada tempatnya. Kalau dengkuran orang dewasa dikatakan mampu memekakkan telinga dan mengganggu lena orang yang tidur di sebelahnya, dengkuran si kecil juga bukan sekadar satu senario kosong yang mencuit hati.

Sebaliknya, harus timbul kesangsian dan persoalan jika keadaan yang serupa berlaku pada anak anda. Sebabnya, berdengkur merupakan antara simptom klasik kepada sejenis gangguan tidur yang serius, apnea tidur obstruktif (OSA).

Berasal daripada perkataan Greek, apnea membawa maksud tanpa angin. Dengkuran berlaku apabila udara gagal bergerak secara bebas di dalam rongga hidung dan mulut seseorang pesakit.

Dalam gangguan tidur, pesakit lazimnya berdepan dengan beberapa episod pernafasan terhenti seketika sewaktu tidur. Tempoh penghentian aktiviti bernafas boleh berlaku selama sepuluh saat atau lebih daripada itu.

Malah, dalam sesetengah kes, mangsa dilaporkan mengalami episod pernafasan terhenti sebanyak tiga hingga 300 kali semalam.


SENARIO anak berdengkur mungkin petanda sejenis gangguan tidur yang serius iaitu apnea tidur obstruktif (OSA).


Meskipun kerap berlaku pada golongan orang dewasa khasnya lelaki pertengahan usia, OSA juga boleh menjadikan kanak-kanak sebagai mangsanya.

Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Raymond Tan Suan-Kuo dari Hospital Pantai Ampang, Kuala Lumpur berkata, sekitar lima hingga sepuluh peratus daripada keseluruhan populasi kanak-kanak di Malaysia dianggarkan mempunyai masalah OSA.

"Jangankan tidur yang berkualiti, hendak tidur lena pun payah. Sebab pernafasan yang terhenti-henti sepanjang malam boleh membuatkan pesakit asyik terjaga," jelasnya kepada Kosmo!.

Oleh sebab tidur yang tidak berkualiti, mangsa OSA biasanya akan menunjukkan beberapa kesan simptom umum pada waktu siang. Rasa mengantuk, sakit kepala, agresif dari segi tingkah laku dan hiperaktif.

Dalam sesetengah kes, si anak juga cenderung kepada pelbagai masalah di sekolah seperti kurang daya tumpuan ketika belajar.

Pada sebelah malam pula, selain berdengkur dan mengalami pernafasan terhenti seketika, mangsa selalunya kerap bernafas menggunakan mulut. Simptom-simptom seperti berpeluh berlebihan ketika tidur, sering mendapat mimpi ngeri dan kerap terkencing malam turut dilaporkan oleh golongan pakar pediatrik lain di dunia.


IBU BAPA disarankan agar lebih peka terhadap simptom-simptom OSA sebelum merujuk anak kepada pakar bedah telinga, hidung dan tekak (ENT).


Biasanya masalah OSA dalam kalangan kanak-kanak berlaku kepada golongan berusia antara enam hingga 12 tahun. Kanak-kanak lelaki dilihat lebih cenderung menghadapi masalah OSA kerana kebarangkalian mereka untuk mengalami kenaikan berat badan dan obesiti lebih tinggi.

"Obesiti dan apnea tidur adalah saling berkait rapat kerana obesiti boleh menyempitkan laluan udara. Biarpun obesiti merupakan antara faktor risiko untuk OSA, ini tidak bermakna golongan kurus langsung tidak memerlukan diagnosis," katanya.

Komplikasi

Malah, pesakit masalah dengkur yang dikaitkan dengan simptom OSA juga boleh berdepan dengan risiko komplikasi penyakit lain seperti serangan strok, hipertensi, angin ahmar dan masalah kardiopulmonari.

"Baru-baru ini, dalam satu kes yang saya terima, ada seorang kanak-kanak Melayu obes mempunyai masalah apnea tidur seperti orang dewasa. Apa yang membuatkan kes ini menarik adalah budak ini juga mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Bayangkan, umurnya cuma sepuluh tahun," terangnya sambil memberitahu masalah tersebut hanya disedari oleh ibu bapa kanak-kanak itu baru-baru ini.

Walaupun begitu, selain obesiti, masalah dengkur dalam kalangan kanak-kanak juga berpunca daripada pelbagai faktor lain. Antaranya termasuk alahan rinitis dan masalah tonsil serta adenoid yang membengkak.

Tonsil dan adenoid yang berfungsi untuk memerangkap bakteria berbahaya boleh membesar dan membengkak pada kebanyakan masanya. Adenoid ialah kelenjar-kelenjar yang terletak di dalam kepala dan berdekatan dengan bahagian dalam rongga-rongga hidung.

Menurut Dr. Tan, masalah OSA yang dibiarkan tanpa rawatan hanya merugikan pesakit kerana ia terbukti memberi impak kepada prestasi mangsa tersebut.


DIAGRAM sistem pernafasan manusia dan punca dengkur boleh berlaku.


Dalam beberapa kajian psikologi yang dijalankan di New Zealand, pesakit OSA yang tidak mendapatkan rawatan didapati mengalami masalah kognitif dan tersasar daripada pencapaian keupayaan IQ biasa.

Satu kajian yang dibiayai oleh Institut Pembangunan Manusia dan Kesihatan Kanak-kanak Nasional (NICHD), Amerika Syarikat (AS) mendapati seorang bayi berusia setahun yang mengalami apnea berbilang atau kadar degupan jantung yang perlahan sewaktu tidur telah menunjukkan pencapaian lebih rendah dalam ujian-ujian perkembangan mental berbanding bayi sebayanya.

Dalam kajian kedua yang dibiayai oleh Institut Jantung, Paru-paru dan Darah (NHLBI) AS, pula, prestasi dari aspek kecerdikan, memori dan ujian kognitif standard yang lain bagi golongan kanak-kanak berusia lima tahun dengan tabiat berdengkur secara kerap, kuat dan masalah pernafasan yang bising sewaktu tidur adalah jauh lebih rendah.

Segerakan rawatan

Tan berkata, ibu bapa perlu lebih peka terhadap simptom-simptom OSA agar anak boleh dirujuk kepada pakar bedah ENT secepat mungkin. Diagnosis akan dibuat bagi mengesan kebengkakan tonsil dan adenoid, masalah jantung, tekanan darah tinggi dan tumbesaran terencat.

"Anak dengan masalah OSA juga ada 'wajah Adenoid' iaitu muka yang panjang dengan pipi mendatar. Mulut mereka juga sentiasa ternganga dengan bibir bawah yang tebal.

"Keadaan ini berpunca daripada tempoh pernafasan menggunakan mulut yang lama dan kemasukan sedikit udara ke dalam bahagian sinus maksilari," jelasnya.

Kaedah rawatan utama untuk kanak-kanak biasanya adalah pembedahan bagi membuang tonsil dan adenoid yang membesar. Kedua, Tan menyarankan agar anak sentiasa mengekalkan berat badan yang sihat.

Ibu bapa boleh memberi sokongan agar anak melakukan aktiviti-aktiviti sihat seperti bersenam bagi mendapatkan berat badan ideal tanpa perlu berleter sepanjang masa. Ketika makan, pastikan mereka tidak membiasakan tabiat makan di depan televisyen.

Sebaliknya, amalkan tabiat makan dan menikmati makanan secara perlahan-lahan di meja makan bersama ahli keluarga.


IBU BAPA perlu memastikan rutin tidur anak memenuhi keperluan harian asas mengikut kumpulan umur berbeza.


Beliau turut mengingatkan ibu bapa agar tidak menggunakan makanan sebagai ganjaran atau hukuman untuk anak. Mengurangkan berat badan juga tidak bererti si anak perlu mengikuti rejim diet yang ketat melainkan disaran oleh doktor atas sebab-sebab perubatan.

Satu lagi, anak perlu ada rutin tidur yang tetap dan bagus tanpa mengira usia anak. Pastikan rutin itu memenuhi keperluan harian asas untuk kumpulan umur berbeza.

"Jangan anda fikir masa tidur boleh ditebus. Contohnya, kalau semalam anda hanya sempat tidur empat jam dan hari ini, jumlah jam tidur digandakan untuk menebus balik masa tidur, itu tidak mungkin," tambahnya.

Ahad, 14 Mac 2010

senyumlah...

KEGEMBIRAAN ITU HANYA BAYANG-BAYANG

berhenti mengejar kegembiraan yang hanya bayang-bayang, kejarlah peluang kegembiraan yang sudah ada di depan mata..

senyumlah wahai sahabat..jangan hiasi wajahmu dengan kemuraman kerana senyum itu melambangkan sebuah ketabahan..

Kita selalu sahaja berasa sedih. Kadang-kadang berasa sedih untuk perkara yang tidak berasas, atau tidak penting. Kerana sedih, kita sering melupakan kegembiraan yang sudah ada di depan mata. Kerana sedih diperlakukan seseorang, kita seakan-akan lupa akan kasih yang melimpah ruah dari keluarga, dari rakan-rakan, dan yang paling utama dari Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, yang menyayangi hamba-hambaNya tanpa batasan. Namun kerana terlalu mengikut perasaan, kita lupa akan hakikat ini, kita lupa akan kehadiran sebuah kegembiraan ni.

Kegembiraan adalah sesuatu yang abstrak, yang mempunyai definisi yang berlainan bagi setiap insan. Mungkin ada sesetengah orang berasakan kegembiraan itu berada di kelab-kelab malam, mungkin juga ada yang berasa kegembiraan itu berada di atas sehelai sejadah. Sungguh jauh berbeza definisi gembira itu, bergantung kepada bagaimana seseorang itu menghargai sebuah kehidupan dan melihat realiti sebuah kehidupan.

1_305330942l

Kadang kala hati ini bergelojak juga, mencari erti sebuah kegembiraan. Pernah terdetik juga rasa di hati, apakah kegembiraan akan diperoleh dengan keluar bersama rakan-rakan lelaki dan perempuan, bercampur gaul tidak mengenal batasan lantaran hati ini masih lagi remaja, lantaran kelemahan iman, lantaran diri masih kurang jelas. Namun hati ini sedar suatu hakikat, bahawa gembiraku bukan di situ, tetapi dengan berlaku jujur pada diri, dengan menjadi diri yang sudah lima tahun dibentuk dalam tarbiah Islam. Kumencari sebuah kegembiraan yang hakiki..

Pencarian diteruskan, berbekalkan sebuah tafsir Kalamullah sebagai panduan dan La Tahzan di sisi sebagai penyokong, aku meneruskan perjalanan. Ilmu dicari, bacaan diperluas, mencari makna gembira. Ragu-ragu masih bertandang di hati, tapi semua bisikan itu ditepis dengan sebuah keyakinan, keyakinan kepada Yang Maha Esa. Aku yakin kini, dan berharap keyakinan itu tidak akan pudar dek masa, tidak akan goyah dek ujian yang melanda, tidak akan luntur dek gembira yang sementara..

Akhirnya kutemui gembira itu. Gembira itu bukan lah di mana-mana, tetapi gembira itu dalam hati, dalam hati yang mengingati Ilahi..

Jangan ditangisi satu kelemahan kerana dirimu dicipta dengan seribu kekuatan..

berbekalkan aqidah yang padu dan cinta yang satu..

teruskan perjuangan hidupmu..kejayaan menantimu wahai sahabat..

Ahad, 7 Mac 2010

Salam sayang pada yang mengikuti blog nie.. lama tak buat entry sendiri, asyik men"copy" tulisan orang lain dan "paste"kan dia.. Bukan apa sejak kebelakangan tak berapa nak sempat menaip, br nak pegang "keyboard" ci kecik nie dah panggil suruh melayan dia.. Dikesempatan nie, miza gak nk ucap tahniah kepada adik ipar miza yang selamat melahirkan baby girl pada malam semalam.. Takde modal nk berkongsi mcm biasa kita layan foto aisyah dulu...

Tengoklah anak dara aku nie, cukup serius makan aiskrim, klu abi dia kata sudah, teruz nak menangis, sapa ntah mgajar dia makan ais krim nie..


Nie pulak tengah menjahanamkan printer abinya, Aisyah nie klu nk tau suka sgt tempat2 yang sempit..
Nie bukan nk menolong, sikit lagi jatuh meja seterika tue..

Aisyah dah boleh mnapak 3-4 langkah, tp masih takut, klu bab berdiri, kuat dah...
Gambar nie aisyah kena denda duk dlmmesin basuh, tu lah asyik nak menangis jer..
leh dah ker bawak keta tu kak long.. Tu lah kata abi dia, silap2 hari bulan anak dulu pndi bwk kereta..
antara permainan baru utk aisyahhh..

Khamis, 4 Mac 2010

Wash first - Bra

Wash Bras and other clothing before use!
Most people do but this is just a warning for those that don't......
Read the account first, then brace yourselves before looking at the
pics........ .....
WE DO NOT KNOW WHAT PARASITES ARE IN OUR CLOTHING
WHEN WE BUY THEM.............


Oh my god.
This is disgusting. Forward to all females!!!!
Wash your bra's before you wear them!!! Please make it a habit from now to wash your newly-purchased Undergarments before wearing them. This is sensitive.
After anthropologist Susan McKinley came back home from an expedition in South America , she noticed a very strange rash on her left breast.
Nobody knew what it was and she quickly dismissed it believing that the holes would leave in time.

She decided to see a doctor after she started developing intense pains. The doctor, not knowing the exact severity of the disease, gave her Antibiotics and special creams. As time lapsed the pain did not subside and her left breast became more inflamed and started to bleed.

She decided to bandage her sores. However, as Susan's pain grew more intense she decided to seek help from a more qualified doctor.
Dr. Lynch could not diagnose the infection and told Susan to seek the aid of one of his colleagues who specialised in dermatology.

Unfortunately, the doctor was on vacation. She waited for two weeks and finally was able to reach the dermatologist. Sadly, a life changing event was about to unfold during her appointment.

To Miss McKinley's surprise, after she removed the bandages, they found Larvae growing and squirming within the pores and sores of her breast.
Sometimes these wicked creatures would all together simultaneously move around into different crevices. What she didn't know was that the holes were in fact, deeper than she had originally thought, for these larvae were feeding off the fat, tissue, and even milk canals of her breast.


Isnin, 1 Mac 2010

barhati-hati dengan ayam di tesco dan lain-lain pasaraya

Ayam keluaran Perak Duck yang dijual di Tesco didapati *TIDAK HALAL* dan telah disaman RM 5 juta. Disiarkan dalam NST ms. 26 dan Berita Harian. Ayam Tesco tak halal untuk makluman semua !!!

Coca-cola - Terdapat bendasing dalam coca cola yg belum dibuka.


Kopi Pahlawan - Kopi yg dilaporkan mengandungi racun membawa maut.


GSB Seafood Ent - Bebola ikan yg diproses dari usus babi


Sila war-warkan kpd kawan².