Sabtu, 27 Februari 2010

Selasa, 23 Februari 2010

pantun satu malaysia...

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)
Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Isnin, 22 Februari 2010

Khasiat Buah-buahan


Jom Kita Kongsi

Jambu Monyet (buah gajus)

Foto1
Jambu Monyet (Anacardium occidentale) termasuk tumbuhan yang berkeping biji dua atau juga disebut tumbuhan berbiji belah. Nama yang tepat untuk mengkelaskan tumbuhan ini adalah tumbuhan yang berdaun lembaga dua atau ddisebut juga dikotil. Jambu monyet mempunyai batang pokok yang tidak rata dan berwarna coklat tua. Daunnya bertangkai pendek dan berbentuk lonjong (bulat telur) dengan tepian berlekuk-lekuk, dan guratan rangka daunnya terlihat jelas. Bunganya berwarna putih. Bahagian buahnya yang membesar, berdaging lunak, berair, dan berwarna kuning kemerah-merahan merupakan buah semu. Bahagian itu bukan buah sebenarnya, tetapi merupakan tangkai buah yang membesar. Buah jambu monyet yang sebenarnya biasa disebut mete (mente), iaitu buah batu yang berbentuk ginjal dengan kulit keras dan bijinya yang berkeping dua tersebut oleh kulit yang mengandungi getah.

Pemanfaatan:

1. Penyakit kencing manis Bahan: 2 potong kulit batang jambu monyet dan adas pulawaras secukupnya. Cara Membuat: Kedua bahan tersebut direbus bersama dengan 2 liter air sampai mendidih, kemudian disaring untuk diambil airnya. Cara menggunakan: diminum 2 kali sehari, pagi dan sore

. 2. Disentri Bahan: 1 genggam daun jambu monyet dan 1 potong kulit batang jambu monyet. Cara Membuat: Kedua bahan tersebut direbus bersama dengan 1 1 / 2 liter air sampai mendidih, kemudian disaring untuk diambil airnya. Cara menggunakan: diminum 2 kali sehari, pagi dan sore.

3. Radang mulut Bahan: 1 genggam daun jambu monyet dan 1 potong kulit batang jambu monyet. Cara Membuat: Kedua bahan tersebut direbus bersama dengan 1 liter air sampai mendidih, kemudian disaring untuk diambil airnya. Cara menggunakan: diminum 2 kali sehari, pagi dan sore.

Lobak

Herba semusim, tinggi lebih kurang 1 meter, batang lunak membentuk umbi, putih pucat. Daun tunggal, lonjong, tepi daun bergerigi, hujung dan pangkal rompang warna hijau dan berbulu. Perbungaan bentuk tandan, di hujung batang, benang sari kuning kehijauan, kelopak hijau, mahkota lonjong warna putih. Buah lonjong warna coklat. Biji lonjong. SIFAT KHAS Menyejukkan.

KEGUNAAN

1. Batuk. 2. Bronkhitis. 3. Demam. 4. Buasir. 5. Rematik (obat luar). RAMUAN DAN TAKARAN Batuk Ramuan: Akar Lobak 5 buah Gula secukupnya Cara pembuatan: Lobak diparut kemudian diperah dan disaring. Beningannya ditambah gula secukupnya. Diamkan semalam dan enaptuangkan. Cara pemakaian: Diminum 1 kali sehari 1 ramuan. Larna pengobatan: Diulang selama 7 hari. Demam Orang yang sering menderita demam dianjurkan makan sayuran lobak. Lobak dapat melancarkan air seni.

1340277_papayaagisfarm

Betik (Carica papaya) merupakan tumbuhan yang berbatang tegak dan basah. Betik menyerupai palma, bunganya berwarna putih dan buahnya yang masak berwarna kuning kemerahan, rasanya seperti buah melon. Tinggi pohon pepaya dapat mencapai 8 hingga 10 meter dengan akar yang kuat. Helaian daunnya menyerupai telapak tangan manusia. Apabila daun pepaya tersebut dilipat menjadi dua bahagian persis di tengah, akan nampak bahawa daun pepaya tersebut bersimetri. Rongga dalam pada buah pepaya berbentuk bintang apabila penampang buahnya dipoting melintang. Tanaman ini juga ditanamkan di kebun-kebun luas kerana buahnya yang segar dan berkhasiat.

Pemanfaatan:

1. Batu Ginjal (niersteen = Belanda) Bahan: 7 lembar daun betik Cara membuat dan menggunakan: Memakai formula 3-5-7 plus, artinya: - Hari Pertama, 3 helai daun betik yang masih segar direbus dengan air secukupnya, kemudian air rebusan daun betik tersebut diminum 1 gelas sekaligus. - Hari Kedua, 5 helai daun betik yang masih segar direbus dengan air secukupnya, kemudian air rebusan daun betik tersebut diminum 1 gelas sekaligus. - Hari Ketiga, 7 lembar daun betik yang masih segar direbus dengan air secukupnya, kemudian air rebusan daun betik tersebut diminum 1 gelas sekaligus. - Untuk menutupnya ditambah dengan minum air kelapa muda (degan = Jawa), yang dipilih daripada buah kelapa hijau. Nota: bagi yang menghidap hipertensi tidak boleh minum resep ini.

2. Hipertensi (tekanan darah tinggi) a. Bahan: 2 potong akar betik Cara membuat: direbus dengan 1 liter air sampai mendidih hingga tinggal 1 gelas, kemudian disaring; Cara menggunakan: diminum 2 kali sehari 1 cangkir b. Bahan: 7 lembar daun atau bunga tapakdara Cara membuat: diseduh dengan 1 gelas air dan dibiarkan beberapa saat dan ditapis Cara menggunakan: diminum menjelang tidur.

3. Malaria Bahan: 1 lembar daun betik, tempe busuk sebesar ibu jari, garam secukupnya. Cara membuat: semua bahan tersebut ditumbuk halus, kemudian diperah dan disaring untuk diambil airnya. Cara menggunakan: diminum 1 kali sehari selama 7 hari berturut-turut.

4. Sakit Keputihan Bahan: 1 lembar daun pepaya, 1 potong akar rumput alang-alang, adas pulosari secukupnya. Cara membuat: daun pepaya dicincang halus, kemudian direbus bersama bahan lain dengan 1,5 liter air sampai mendidih dan disaring Cara menggunakan: diminum 1 kali sehari 1 gelas dan dilakukan secara teratur.

5.Kekurang:ASID Bahan: buah betik yang masih hijau (muda) tanpa dikuliti. Cara membuat: buah betik tersebut dibelah menjadi 2 bahagian, sebahagian direbus dengan air dan sebahagian yang lain menggunakan cuka. Cara menggunakan: air rebusan tersebut diminum 2-3 sudu teh sehari dan dilakukan secara teratur.

6. Reumatik a. Bahan: buah betik, 2 butir telur ayam kampung; Cara membuat: buah betik dipotong penampangnya kemudian telur dimasukkan dalam betik melalui lubang yang telah dibuat dengan memotong penampang tadi, ditutup kembali rapat-rapat dan dibakar hingga telur yang ada di dalamnya masak Cara menggunakan: telur yang sudah masak tersebut dimakan pagi dan petang

. Bahan: 2 potong akar betik, 1 lembar daun betik; Cara membuat: kedua bahan tersebut ditumbuk halus, kemudian direbus dengan 1 liter air sampai mendidih dan disaring. Cara menggunakan: diminum 1 kali sehari 1 gelas pada sore hari.

7.Malnutrisi (gejala kekurangan salah satu zat makanan pada balita) Bahan: 2 lembar daun pepaya, 3 tangkai daun dadap serep, kapur sirih secukupnya. Cara membuat: semua bahan tersebut ditumbuk bersama sampai halus. Cara menggunakan: digunakan sebagai bedak dan disapukan pada perut balita yang sakit. @. Bahan: 1 lembar daun betik Cara membuat: direbus dengan 1,5 gelas air sampai mendidih, kemudian disaring untuk diambil airnya Cara menggunakan: diminumkan pada balita 2 sudu makan setiap hari.

8. Gangguan saluran kencing Bahan: 3 potong akar betik Cara membuat: direbus dengan 1 liter air air sampai mendidih, kemudian ditapis. Cara menggunakan: diminum 1 kali sehari 0,5 gelas.

9. Haid berlebihan Bahan: buah betik yang masih hijau (muda) Cara membuat: direbus dengan air hingga masak. Cara menggunakan: dimakan dagingnya. 10. Sakit perut pada waktu haid Bahan: 1 lembar daun pepaya, buah asam dan garam secukupnya..

alih bahasa la pulak



Cuba korang convert nama anda dlm bahasa Jepun..Sila gunakan huruf dlm bahasa Jepun ni..Slamat Mencuba...Sajer nie untuk suka-suka jer...

A - KA
B - TU
C - MI
D - TE
E - KU
F - LU
G - JI
H - RI
I - KI
J - ZU
K - ME
L - TA
M - RIN
N - TO
O - MO
P - NO
Q - KE
R - SHI
S - ARI
T - CHI
U - DO
V - RU
W - MEI
X - NA
Y - FU
Z - ZI

Sebagai contoh nama arnie....SHIKAARIRINKITO KASHITOKI

MIZA...??

Rabu, 17 Februari 2010

Jom Jalan-jalan Sg. Klah


Setelah hampir dua tahun suamiku berjanji nak bawa p sg. klah, memandangkan kerja di bengkel pn x bnyk dah jd semalam kami pn plah sana sekeluarga... Mujur aisyah x sekolah lagi.. Kami berangkat dr rumah pd jam 10.35pagi n tiba di sana pada jam 11.45pagi.. mehlah tgk gambar2 yg sempat di ambil spnjg disana..



ketibaan BFY5005 di felda sungkai.. Sg.Klah


Antara tempat2 yang ada di sini..

Gelagat aisyah,ummi n abi mandi..


tepat jam 3.00ptg kami pun pulang.. inilah antara gambar yang sempat di upload.. ada bnyk tp x blehlah nk upload sume.. thanks cz teruz megikuti blog ini.. jangan lupa.. tinggal2kanlah komen yer...






Ahad, 14 Februari 2010

Kongsi ckitlah


Sekarang susah kit nk upload gambar, upload pn lmbt, aisyah pn x suka tido dah.. Aisyah dah pandai berdiri n langkah setapak dua. nie aku dah cmpur2kan gambarnya, meehlah tgk sama-sama.....






Thanks.....

Khamis, 11 Februari 2010

CARA RASULULLAH MELAYAN ISTERI

DIkirim oleh peribadirasulullah di Ogos 22, 2009

Budi bahasa itu yg membuatkan org respect.. dan bertambah segan bukannya Dengan cara tekanan dan garang. Perfect husband.. He makes the world follow..

Kisah Rasulullah SAW sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’)
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’
Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’
‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6) Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’
‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’
‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?’
Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’

Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL...